Saturday, July 11, 2009

My dream on Thursday Night


Kalau ku meningatkan mimpi ku malam kemarin, mlm jumaat lah tu ahh, mengerikan. I dun know where to start. Ok, aku mengantuk banar lah, dlm kul 10pm lalu aku tidur udah..tapi terbangunku around kul 1am. Mata kan pajam pun inda lagi dapat. So, aku baca my favourite novel. I think after 3 hours, membaca novel atu, mata pun naik lalap, so aku tidur tutup my lamp table.

Inda semana2, i was on the lake. Kira terapung2 di tasik. Lawa tempa atu and its nice view. Sekali inda semana-mana, datanglah seekor ular yang basar amat,seperti anaconda. Aku kebeliangan, tarus beristigafar sambil menyabut "Subahanallah"..Ular atu semakin mendekat, sehingga badan ular atu melingkar dipermukaan tasik belingkukan. Eeeee.....warna sama mcm ular sawa, tapi muka ular atu basar,sebasar tasik atu,dengan lidah mendulur dengan mata intan!
Dengan mendekati dan tebanggang seketika, ada tah seorang laki2 berseluar pindik merah. Tapi muka inda nampak. Badannya putih gebu dan tinggi. Ia memigang tanganku, supaya bejalan di atas badan ular atu. Kata laki2 atu " Ikut kediaku". Dapat kurasakan pegangan erat tangannya menyuruh aku bertiti diatas badan anaconda yang basar atu.

Baru berberapa langkah, ular atu mengetahui kami bejalan atas badannya, lalu ianya mengerakkan badanya, lalu kami dua pun terjatuh kedalam tasik. Kami pun beranag menuju kedarat. Aku lantas beranang dengan sekuatnya (walaupun dlm kenyataan,inda pernah selaju atu). Sesampainya didarat, aku pun naik dengan kengalihan dengan tidak terdaya kan naik. Aku memangil meminta tarik tanganku,namun anaconda berlaju arus menuju kebelakang ku..Sudah ku kan dapat naik,aku pun terbangun dalam pukul 7am lalu. Menangisku pasal ketakutan,lalu berludah ke kiri sebanyak 3 kali. Membaca2 tah ku ayat kursi.

Dalam 30 minit terbangang, aku pun tidur semula, pasal mengantuk banar. Sekali lagi aku mimpi pasal ular lagi but diffrent scenarios. Aku atu melawat my sis rumah belakang,tapi urang riuh2,inda menyuruh ku masuk. Aku inda tau kenapa. Tapi kami berlari keluar dan menjauhkan diri dari rumah atu. Apanah, yang ku nampak, sekali lagi ULAR basar memakai takhta memusingkan rumah my sis sampai berapi...aku sekali lagi menyabut "Subahanallaah". Ular atu memusingkan keseluruh rumah banglow atu, dengan mulut terbuka..Anak2 ular lalu keluar dari mulut ular basar atu.Banyak menimbun..Tapi sekali ani, ku gagahi diriku mendakati ular basar atu lalu aku becakap " oooiiiii ko pikir aku takut kah!! selagi Tuhan ada, selagi atu aku inda takut", inda semana2 aku terbangun.

Ku liat jam pukul 11.30am. Kan siap2 tah ku kan sembahyang jumaat. Dlm hati benak ku,kenapa ku mimpi macam ani ahh? bersedakah tah ku di masjid tadi,sambil berdoa dlm sembahyang supaya seluruh keluarga ku selamat dunia akhirat dan dijauhkan segala sihir2 yang inda baik!
Astagafiruallahalazim......
Masa ku surfing apa makna mimpi, this what i read:
UlarJika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.
Dari editor:
"Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.
Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariaannya adalah panduan kita ikut. Dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.
“Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir malam untuk melaksanakan sholat” (HR. Muttafqu’alaih)
Intropeksi diri menjelang tidur.Seorang muslim hendaknya selalu berintropeksi diri menjelang tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat"