Sunday, September 21, 2008

" Luahan Hati malam hari terakhir ke-10 di Bulan Ramadhan"



Al-fatihah buat Kekanda yang telah pulang ke pangkuan Ilahi pada 18/02/1999

Wahai Tuhan , Engkau tempatkanlah kekandaku ditempat yang mulia bersama dengan orang-orang yang Engkau redhai. Ampunkan dia dan selamatkan dia. Wahai Tuhan Demi KeagunganMU Engkau terimalah doa ku ini. Amin.
Wahai Tuhanku, sekiranya ada pahala dari apa yang aku lakukan ini maka aku sedekahkan kepada kedua ibu bapaku yang telah membesarkan aku dengan kasih sayang mereka, kepada mursyidku yang besar jasanya mendidikku supaya mencintaiMu dan kepada semua muslimin & muslimat samada yang masih hidup dan yang sudah kembali ke pangkuan Mu