Wednesday, September 3, 2008

" DOA DARI INSAN"


Beginikah duka seorang insan bernama manusia..

Hati berdetik menyuarakan sesuatu tapi megemas kinikan ke hati, memang tahap susah. Perasaan bercampur gaur keriangan dengan kehampaan. Dimanakah kesilapan seseorang menilai dengan kesempurnaan hidup. Disangka hujan sampai petang rupanya hujan di tengahari. Jika sekiranya wahyu illahi menurunkan ke manusia biasa dan dapat mendengar perisik hati insan yang bernama manusia, sudah setentunya akan ku awasi gerak geri langkahnya.


Apakah isi perut seseorang? Apa dia mengikhlaskan dirinya? atau semata-mata untuk mencari dan mengambil kesempatan? Dimanakah nilai murni manusia?

Mampukah kau untuk befikir dengan panjang? Sudah, penat dan lelah untuk memikirkan nya, namun dimana kah silapnya kita..


Aku berjalan terus melangkah mengharungi cabaran dengan tabah,cekal,sabar serta tawakal ke hadrat illahi.Menjadi lumrah bagiku sentiasa didalam ketandusan tanpa air, kegelapan tanpa lampu lorong dan kesesatan tanpa petunjuk seseorang. Perasaan hiba sering sentiasa mengelumungi dalam kehidupan ku sehari-hari. Ketidak senangan,keceluparan,ketidak adilan dan bermacam-macam tomahan ku hadapi dengan tabah. Satu gelap akan ku percayai dengan keterangan melanda akan tiba jika di salami dengan tabah.


Namun, Tuhan sentiasa melihat dan mendengar hati dan perbuatan seseorang. Keikhlasan akan dibalas dengan hikmah,kepuraan akan dibalas dengan sebaliknya. Kenapa hati selalu memainkan peranan untuk mengubah kehendaknya? Adakah kurniaan dari Allah atau dari akal kita sendiri? Ataupun hasutan manusia dengkidan yang tidak pernah puas kehendaknya? Adakah mereka befikir panjang untuk mengubah hati seseorang?


Biar hati berjalan dengan redha dan biar manusia dengan langkahnya..Aku pasti disuatu hari,ketenagan akan tiba dengan sendirinya. Aku percaya, setiap detik berlakunya, mempunyai hikmah dengan sendiri..Tak percaya..? Lihat dan saksikan dengan kepala mata anda sendiri. Adakalanya kita diatas dan senang, dan adakalanya jugak kita turun menjunam tanpa mengenal keperi manusiaan.Perjalanan mencari seseorang bukan perkara mudah. Ada teman yang memberi nasihat dan pengajaran dan ada jugak teman yang hanya bergelar teman sahaja. Melintas dan menjenguk hati teman,adakah ia bergelar teman? atau bersahaja mencari kekosongan seseorang..? hmmmm entahlah..

aku hanya mampu menunggu dan tawakal akan keajaiban tuhan terhadap insannya yang bergelar manusia.


" Ya allah! berilah rahmat keatas mereka, ampunkan lah dosa mereka,murahkanlah rezeki mereka. Berilah petunjuk dan hidayah kepada mereka. Bimbing dan lapangkan hati mereka daripada hasutan iblis dan syaitan.Lindungilah mereka dari anasir-anasir, fitnah,malapetaka,sihir,jin,hasutan syaitan dan sebagainya.Berikan lah mereka kekuatan hati serta keadilan keatas mereka, amin..amin..amin ya rabal allamin.."