Friday, August 8, 2008

SUTUN





I found this one facts in one of the website:



"SUTUN Terima kasih kepada pemilik gambar-gambar ini Meer dari laman web kerana telah sudi meminjamkannya.http://www.akungantaro.cjb.net/
Pada 16 Mac lalu, saya berkesempatan menonton sebuah telefilem di TV2 yang berjudul SUTUN. Sebenarnya, menurut kawan saya ianya adalah ulangan buat kali ke dua kerana dia pernah menontonnya pada kali pertama. Walaupun ianya disiarkan agak lewat iaitu pada jam 10.30, ianya berjaya menarik perhatian masyarakat meskipun promosi tayangannya tidak kelihatan(mungkin saya tidak melihatnya.)Apa yang saya dapat katakan, telefilem ini adalah telefilem tempatan terbaik yang pernah saya tonton. Yang mengejutkan saya ianya ditayangkan di TV2, sebuah stesen kerajaan yang mementingkan skema tertentu sebagai sebuah badan penyiar lidah rasmi kerajaan. Sedangkan telefilem ini cukup berani, tersendiri dan boleh mengundang kontroversi. Apakah ianya terlepas atau badan panel penapisan RTM memikirkan bahawa telefilem ini yang sarat dengan kritikan sosial mempunyai nilai yang tersendiri.Mahu memilih tema naskah yang luar dari kebiasaan memerlukan tahap cabaran yang tinggi. Apatah lagi sekiranya tema yang bakal dipaparkan itu boleh mengundang kontroversi dan kritikan. Percubaan telefilem SUTUN ini adalah percubaan berani oleh sang pengarah dan para pendukung watak-watak dalam filem telefilem ini.Melihat dari sudut sosio budaya masyarakat Malaysia, percubaan untuk mengupas kisah lelaki lembut adalah lebih tipikal, stereotaip. Siapa yang tidak ketawa terbahak-bahak menonton watak Sam dalam sitkom Hafsham 2+1 suatu ketika dahulu. Watak-watak lelaki lembut ini sering dikesampingkan menjadi bahan lelucon(jenaka) atau lebih nakal saya mengatakan mereka selalu diperbodoh-bodohkan. Pendapat masyarakat bahawa mereka ini adalah bahan jenaka. Tingkah laku mereka aneh, dan mereka ini sentiasa mencuri perhatian banyak pihak. Dan, selalunya mereka ini selalu digambarkan bekerja sebagai pencuci rambut di salun kecantikan, pereka fesyen atau yang sinonim dengan dunia wanita. Tetapi, kajian telah membuktikan bahawa senario ini telah jauh berubah, dan kebanyakan mereka ini sudah berada di kalangan tahap professional. Malah, terdapat juga yang sudah jauh lebih berjaya.
Bukanlah saya mahu membincangkan polemik ini dari sudut ilmiahnya. Tetapi yang menghairankan atau mengkagumkan saya ialah ini adalah sebuah telefilem yang mengupas isi hati seorang lelaki lembut dengan pemikiran terbuka, rasional tanpa mahu menjadi penghukum dari sudut moral. Saya jarang melihat fenomena sebegini. Sepertimana filem atau drama dari Thailand yang lebih banyak menyelitkan watak-watak sebegini. Hanya filem Beautiful Boxer mencuit hati saya, apatah lagi ianya dipadankan dari sebuah kisah benar.Sutun mengisahkan seorang lelaki yang bernama Adik, dibesarkan oleh kedua ibu bapanya dengan sempurna. Namun nalurinya sahaja berbeza. Pergi ke sekolah berpayung merah jambu, pertama kali melihatnya kita melihat unsur humor disitu. Tetapi, telefilem ini tidak mahu mengupas persoalan di setakat permukaannya sahaja, tetapi mahu mengupas dari sudut sosio, psikologi malah menilainya dari sudut agama juga. SUTUN mengupas bagaimana sedari kecil adik dipakaikan pakaian perempuan. Ini menunjukkan salah satu dari teori pendidikan social psychology yang sering dibahaskan oleh ahli psikologi tentang pembawakan anak-anak ketika kecil. Sutun juga memaparkan adegan pertelingkahan agama seorang Ustaz yang menyifatkan kehadiran adik sebagai pembawa maksiat. Sering kita memaklumi golongan lelaki lembut sentiasa disinonimkan dengan perkataan tersebut sedangkan tidak semuanya terjebak di situ. Percanggahan perspektif budaya terhadap golongan lembut dikritis secara tegas tetapi lembut. Lihat sahaja adegan Abang Khalid dengan Adik yang mengutarakan bagaimana keluarga mereka tidak merestui mereka sebagai anak mereka. Polemik ini sering berlaku. Persoalan pencarian identiti Adik diolah dengan baik, malah kita tidak mempersoalkan rasional Adik mempertikaikan kenapa dia dilahirkan sebegitu rupa.
Tidak seperti filem kisah pelacuran, kotor atau yang sewaktu dengannya, pengarah filem atau drama Asia suka benar mahu mematikan watak atau membawakan adegan fantasi apabila menunjukkan seseorang itu bertaubat atau sebagainya. Beraninya telefilem ini adalah pengarah tidak mahu menjadi penghukum moral bagi watak Adik. Adik tidak mahu memilih menjadi `gadis' seperti lelaki lembut yang lain tetapi memilih untuk menjadi dirinya sendiri. Sehingga adik berkahwin dan beranak pun, dia memanggil dirinya adik. Dia tetap menjadi lelaki lembut juga. Sedangkan tipikalnya kebanyakan drama tidak mahu melihatnya begitu (stereotaip yang dilabelkan).Para pendukung watak-watak dalam telefilem ini memang mengkagumkan saya. Maafkan saya tetapi saya sehingga kini tidak mengenali pelakon yang memegang watak Adik ini. Apa yang saya tahu bahawa dia adalah seorang pelajar di Akademi Seni Kebangsaan. Lakonannya mengingatkan saya kepada lakonan-lakonan hebat, transformasi pelakon lelaki dalam filem Beautiful Boxer. Walau apapun, bukannya mudah mahu mewarnai watak yang sangat mencabar ini. Dia adalah bintang dalam filem ini. Lakonan para pelakon drama yang lain seperti Rosnah Johari, Seniman Aziz Satar dan lain-lain melengkapkan dinamika filem ini. Budak jahat oleh Ngasrizal Ngasri cukup mengkagumkan.Sehingga kini saya masih tidak tahu siapakah sang sutradaranya. Kepada sutradara filem ini, saya ucapkan tahniah atas realitinya filem ini. Saya masih ingat lagi adegan kegemaran saya ketika Abang Khalid menyolekkan Adik. Dialognya cukup hebat. Teliti dan penuh maksud, makna yang mendalam, malah ianya menyimpulkan kisah telefilem SUTUN ini. Kalaulah telefilem ini dijual dalam bentuk VCD, sayalah orang yang akan membelinya. Telefilem ini adalah seribu kali lebih baik dari Kuliah Cinta, Sembilu 2005, Potret Mistik yang belanjanya berjuta tetapi tiada `jiwa dan roh'. Tiada apa yang mahu didebatkan setelah menonton filem-filem itu."
Inda beranti2 aku menangis meliat cerita ani..inda tau kenapa. Kamu misti meliat cerita ani,filem yang penuh dengan sebak..

No comments: