Friday, September 12, 2008

"AL-FATIHAH"





Today hari Jumaat, around 10am ke Kubur Jln Seri Pimping,Kg Sabun Jln Muara. Terasa sebak jua melawat kubur allayarham kekanda Awg Mohd Bohary Bin Hj Yusof dan Nenekanda Awg Hj Ering Bin Hj Abd Latif. Sudah 8 tahun, meninggal kami sekeluarga di Kapok. Kenangan bersama anakanda Mohd Bohary seorang insan yang tabah serta cekal menghadapi apa jua rintangan di hadapi. Beliau adalah salah seorang abang yang cukup pendiam dan dikaitkan tidak suka campur tangan didalam hal keluarga. Kalau ingat2 kan dulu sewaktu sekolah, beliau sering mengambil berat tentang kami adik beradik di rumah.Beliau jugak suka mencari pekerjaan dengan sendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain. Tidak hairanlah, jika beliau sendiri mempunyai business persendirian selalu tanpa megenal penat lelahnya Beliau jugak pandai dalam hal pertukangan kayu.Beliau meninggalkan kami semua pada 18/2/99 . Titikan mata seorang orang tua tidak dapat dibendung lagi dan takdir hidup matinya seorang manusia adalah terletak di tangan Tuhan. Tapi sayang, Tuhan lebih menyayangi beliau daripada kami semua. Kenangan masih terpahat diingatan. Semoga Allahyarham Mohd Bohary bersemadikan dengan orang-orang yang beriman. Amin...

Nenekanda Awg Hj Ering di lahirkan pada tahun 1920. Beliau mempunyai anak seramai 13 orang. Anak pertama beliau adalah Awg Hj Yusof Bin Hj Ering. Menurut pendapat saya, beliau adalah seorang yang tegas serta amat penyayang kepada cucu-cucunya. Sekali imbas muka nenekanda adalah seperti abang kami Mohd Burhani. Seingat syukriz, kerja beliau ialah seorang pemandu teksi di kawasan bandar. Namun ketekunan beliau dan ketabahan nya membuahkan hasil dan dapat menyara anak seramai 13 orang. Asal beliau adalah terdiri dari Kg Sumbiling Lama,dan bermastuatin di Kg Salambigar. Syukriz ingat beliau sendiri pernah datang melawat Ke United Kingdom,sewaktu bapa syukriz bekerja di Brunei Hall selama 4 tahun di tahun 80'an,tak silap tahun 1982. Paparan filem video sewaktu ke UK masih di ingatan syukriz, walaupun syukriz masih kecil didalam usia 4 tahun. Kemurnian seorang bapa tehadap anaknya tak pernah membelenggu untuk mendoakan anak supaya selamat sejahtera di dalam perjalanan memperjuangkan seorang ayah yang bernama Hj Yusof. Sampai sekarang Awg Hj Ering Bin Awg Hj Abd Latif, sering didalam ingatan kami semua. Jasa,kata,pertuturan dan nasihat seorang nenek terhadap anak,cucu,cicit dan piut sering di ingatan kami,walaupun sudah tidak ada dialam muka bumi ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat..amin

Ya Allah, limpahkan rahmat keatas mereka,dan jadikan lah mereka dengan orang-orang beriman..Amin..Al-Fatihah...